*
*
*
*
*
*
*

............AsSaLaMmUaLaiKuM............

Friday, August 10, 2007

...LaFaZ YanG TeRSiMPaN...

-tersentuh betul dengan baris2 lirik ni. trasa rindu pada mak. sebagai anak, ucapkanlah sayang pada mak. peluklah dia. tak de ruginya, takde kurangnya bila buat sume tu..~


Lafaz Yang Tersimpan
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan atur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Thursday, August 02, 2007

...mY FiRsT JoB...

pagi tadi dapat modul. Dalam tempoh praktikal ni, ni la first projek aku. Kena siapkan satu modul untuk sistem MAINS(majlis agama islam negeri sembilan). Guna ASP. Kena siapkan before 10 aribulan. cuak jugak. tapi walauapapun aku kena buat yang terbaik. tak leh lemah semangat. tak leh pk yang aku tak leh wat. ini la namanya cabaran. setiap org bermula dengan zero. tapi dengan zero tu la bila kita berusaha akan jadi menggunung. InsyaAllah..dengan izin Allah~ Amin...

Saturday, July 28, 2007

blajar CA-VO

huhu... kena stay sampai malam. takpe la. blajar nyer pasal. :-)

Tuesday, July 24, 2007

...PeniN...

Hu... hari2 tengok coding....
buat sistem guna CAVO. ok je tapi penin la jugak.. lama2 tgk komputer ni dah nampak bintang dah aku. dari kul 8 sampai 6 petang tengok. tak sedar pun masa berjalan. hu.. macam ni rupanya kehidupan seorang programmer...

Friday, July 20, 2007

...cuti 2 hari...

dah dua hari aku cuti.ari ni aku masuk keje balik. cuti sebab mak masuk hospital. tetiba je petang selasa ari tu masa aku kat shah alam atas urusan kerja, kakak kol suruh balik coz mak demam. tak lama tu aku kol balik, abg aku cakap mak masuk hospital. tak senang duduk betul aku petang tu.tambah tak senang bila abang aku cakap mak ok je, "cepat balik". Dulu abang aku cakap camtu gak. tut..tut.. bila aku sampai hospital rupanya mak aku dalam icu. abang aku nangis, aku sendiri nak terjatuh pengsan dah time tu tgk keadaaan mak yang tak sedar.tapi alhamdulillah aku balik kali ni mak ok je. kena tahan kat cicu sebab tekanan darah terlalu rendah. takut effect pada jantung. 2 malam aku tido kat hospital. tapi bukan sebelah mak. kat kerusi menunggu kat luar coz wad cicu memang tak di benarkan waris untuk teman. tido je la kat luar...janji dekat dengan mak aku. pape mak perlukan anak aku dah stanby kat luar. malam ke 3 abang aku lak ganti coz aku nak keje besoknya.trasa betapa besarnya pengorbanan mak selama ni. mak la sahabat sejati aku selamanya... :-)

Sunday, July 15, 2007

...12 Julai 2007 besday aku...

hehe.... lupa lak aku nak citer pasal besday aku. 8)
epy! kenangan terindah~ :-)
aku dapat 2 bijik kek, bunga ros putih feberet aku (tau2 jer), tudung n paling istimewa tut... n tut.. lagi. :D
sebijik tu dari housemate aku. :-)

kenangan yang takkan pernah aku lupa. jugak pengorbanan yang tak ternilai.
siang tu aku sedih giler sebenarnya. sangat2 sedih. sempat la berlinang airmata aku ngenangkan kesedihan tu. uhuk! :p
tut2 malam tu aku epy sangat. senyum je dari saat tu, sampai la nak tido sampai la bangun tido. Time taip ni pun aku senyum gak. :p epy~ suka~ :D
kenangan yang buat aku betul2 tertekan. tapi tertekan tu la rupanya suprise untuk aku. tak sangka sangat. suprise yang aku langsung tak jangka.
pengorbanan yang aku takkan pernah lupa~
ehee.... tabley cerita sume.
~SeCReT~ :p

PrakTikaL

dah lama aku tak jenguk blog aku ni. sekarang tengah praktikal kat Idwal System, bangi, Selangor.
baru je seminggu. ada 11 orang. sume dari fak aku. so takde la kekok sangat memula masuk.
staff sini pun ok. kumbang tak banyak, banyak bunga jer. :p
biasa la memula ni tak tau lagi nak wat apa. bukan tak tau nak wat apa sebab takde keje, keje ada tapi tak paham. Baru nak study bg paham. blajar CAVO. dah abis dah aku baca satu buku, try error, tapi aku still keliru nak wat sistem nak mula dari mana ntah guna CAVO ni. adeii....
aku rindu la nak balik... :-(

Monday, August 29, 2005

" ..KePaHiTaN MeNeLaN sUaTu kEnYaTaAn.."

andai aku bisa kembali
ke zaman silam
akan ku selesaikan
semuanya dengan akal fikiran

tapi andai aku tahu
diari seumur hidupku
terlalu mudah perjalanan
yang bakal di tujui

maka bersiaplah
akan hari mendatang
dengan cobaan dan rintangan
kerna hidup umpama
perlumbaan..